Saya ingin mencipta kata laluan Pelabur

Setelah membuka akaun perdagangan, anda menerima kata laluan induk (perdagangan). Tidak seperti kata laluan perdagangan, kata laluan pelabur digunakan untuk pemerhatian. Anda boleh berikannya kepada orang lain untuk rujukan sahaja; pilihan untuk membuat pesanan dilumpuhkan.

Dalam platform MetaTrader, anda boleh mencipta kata laluan pelabur anda hanya dalam beberapa langkah.

  • PC

1. Setelah log masuk, cari menu "Tools" dan klik "Options" di situ:

01.png

2. Dalam tetingkap "Options", klik pada tab "Server" untuk memaparkan butiran akaun anda, kemudian klik "Change":

02.png

3. Setelah tetingkap "Change Password" terpapar, anda perlu memasukkan kata laluan perdagangan semasa anda ke dalam ruangan yang disediakan, kemudian pilih pilihan "Change investor (read only) password" dan kemudian masukkan kata laluan pelabur baharu yang anda inginkan;

4. Jangan lupa klik "OK" untuk menyimpan perubahan ini!

  • Android

1. Setelah log masuk, sila klik pada butang "More" pada skrin pemilihan akaun:

03.png

Dan pilih "Change password", seperti yang ditunjukkan:

04.png

2. Setelah pada skrin "Change Password", pastikan anda memilih "Change investor password":

05.png

3. Kemudian anda perlu masukkan kata laluan perdagangan semasa anda dan kata laluan pelabur baharu yang anda inginkan ke dalam ruangan yang disediakan;

4. Jangan lupa klik "Done" untuk menyimpan perubahan ini!

  • iOS:

1. Setelah log masuk, sila pilih tab "Settings" dan klik pada nombor akaun anda:

06.png

2. Pada halaman seterusnya, klik pada akaun yang anda ingin ubah kata laluannya:

07.png

3. Kemudian tatal ke bawah untuk mencari "Change password":

08.png

Klik padanya dan pilih “Change Investor Password”:

09.png

4. Sebaik setelah skrin "Change Password" muncul, masukkan kata laluan perdagangan semasa anda dan kata laluan pelabur baharu yang anda inginkan ke dalam ruangan yang disediakan;

5. Jangan lupa klik "Done" untuk menyimpan perubahan ini!

Kongsi kepada rakan-rakan anda: