Kenapa saya tidak boleh mengesahkan Laman Pedagang kedua saya?

Sila maklum bahawa anda boleh mempunyai hanya satu Laman Pedagang yang disahkan di FBS.

Jika anda tidak mempunyai akses kepada akaun lama anda, anda boleh menghubungi sokongan pelanggan kami dan memberikan kami sebab mengapa anda tidak boleh menggunakan akaun lama lagi. Kami akan menyahsahkan Kawasan Pedagang lama dan mengesahkan yang baharu sejurus selepas itu.

Bagaimana jika saya telah lakukan deposit ke dua Laman Pedagang ?

Pelanggan tidak boleh membuat pengeluaran dari Laman Pedagang yang belum/tidak disahkan di atas sebab-sebab keselamatan.

Jika anda mempunyai dana di dalam dua Laman Pedagang , anda perlu menjelaskan Laman Pedagang yang mana satu yang anda lebih gemar gunakan untuk berdagang dan melakukan transaksi kewangan. Untuk melakukan hal yang tersebut, hubungi pegawai khidmat pelanggan kami menerusi emel atau live chat dan nyatakan akaun mana yang anda lebih gemar gunakan:

  1. Sekiranya anda ingin menggunakan Laman Pedagang anda yang telah disahkan, kami akan mengesahkan akaun lain anda buat sementara waktu untuk membolehkan anda mengeluarkan dana dari akaun tersebut. Seperti yang tertulis di atas, pengesahan sementara diperlukan untuk pengeluaran yang sukses.

  2. Sebaik selepas anda keluarkan semua dana dari akaun tersebut, pengesahan akaun tersebut akan dibatalkan.

  3. Jika anda mahu menggunakan Laman Pedagang yang belum/tidak disahkan lagi, anda perlu mengeluarkan dana dari akaun-akaun di dalam Laman Pedagang yang sudah disahkan terlebih dahulu. Selepas itu anda boleh memohon agar pengesahan Laman Pedagang tersebut disahkan dan seterusnya mengesahkan Laman Pedagang yang satu lagi.

Kongsi kepada rakan-rakan anda: