Bagaimana saya boleh mengubah nombor telefon saya di Trader Area FBS (web)?

Anda boleh menukar nombor telefon anda di Laman Pedagang anda:

  1. Klik pada avatar anda di bahagian atas halaman;

  2. Klik pada "Tetapan profil";

    1.bmp
  3. Klik pada nombor telefon anda;

  4. Sahkan nombor lama anda dengan mengklik butang "Kirim kod SMS";

  5. Masukkan kod yang anda terima ke nombor lama dan klik "Sahkan";

  6. . Masukkan nombor telefon baru dan klik lagi pada butang "Kirim kod SMS";

  7. Masukkan kod dan klik "Sahkan".

Bagaimana sekiranya saya tidak mempunyai akses kepada nombor lama saya?

Sekiranya nombor telefon anda belumlagi disahkan, anda boleh menukarnya di Laman Pedagang.

Jika ia sudah disahkan, anda perlu menghantar permohonan ke alamat emel kami [email protected] atau melalui live chat dengan memberikan maklumat di bawah, seperti yang berkenaan:

  • Anda belum membuat deposit ke akaun anda dan identiti anda belum lagi disahkan. Dalam kes ini, kami meminta anda untuk melakukan perkara tersebut:
    - Sahkan identiti anda;
    - Hantarkan gambar anda memegang passport/kad ID yang anda gunakan untuk pengesahan.

  • Anda belum membuat deposit ke akaun anda, dan identiti anda sudah disahkan:
    - Hantarkan gambar anda memegang passport/kad ID yang anda gunakan untuk pengesahan.

  • Anda sudah membuat deposit ke akaun anda, tetapi identiti anda belum disahkan:
    - Sahkan identiti anda;
    - Hantarkan gambar anda memegang passport/kad ID yang anda gunakan untuk pengesahan;
    - Berikan kami screenshot/pengesahan pembayaran rasmi bahawa deposit telah ditolak daripada akaun anda.

  • Anda sudah membuat deposit ke akaun anda, dan identiti anda sudah disahkan:
    - Hantarkan gambar anda memegang passport/kad ID yang anda gunakan untuk pengesahan.
    Seperti ini:
3.bmp

Kongsi kepada rakan-rakan anda: